• Cover Destinasi Bahagia Kita
  • Cover Terlewatkah Kita
  • Copy of Ink a colour fluid for writing  in Loaf  love  buku inkloaf  in love with book (32)
  • NEW TEASER PBAKL2026 (3)
  • NEW TEASER PBAKL2026 (2)
  • NEW TEASER PBAKL2026 (4)
1

Kombo Kita (Kita Yang Disusun Semesta, Destinasi Bahagia Kita, Terlewatkah Kita?)

Regular price
RM 152.00
Sale price
RM 152.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | Ink Loaf
Secure payments

Kita Yang Disusun Semesta

Flora Humairah dan Dzulhanan Daneeyal membesar sebagai jiran dan sahabat; dua hati yang akrab dalam usikan, tetapi waspada menjaga batas.


“Silap-silap kau yang termimpi-mimpi sebab rindukan aku.” 
— Dzulhanan Daneeyal

“Kalau mimpi nampak muka kau, tu namanya mimpi ngeri!” 
— Flora Humairah


Satu pengkhianatan memaksa mereka diikat dengan pernikahan; bukan kerana cinta, tetapi kerana ada maruah yang perlu diselamatkan. Sayangnya, ini bukan penyelesaian mutlak.

Empat tahun terpisah dek salah faham dan rahsia, Flora membina hidup baharu sebagai pengusaha hotel kucing, menenggelamkan luka dalam kesibukan. Hanan pula menghilang tanpa penjelasan, meninggalkan isterinya dengan seribu persoalan.

Takdir menemukan mereka kembali di kota London. Pertemuan ini membuka semula luka lama, dan kebenaran demi kebenaran terungkai; termasuk nama yang selama ini tersembunyi sebagai dalang tragedi silam.

Namun, benarkah semua rahsia keji itu perlu dibalas dengan dendam? Atau semesta sedang mengajar mereka erti memaafkan sebelum benar-benar pulang?


Destinasi Bahagia Kita

Aqashah Zuhair tahu bila perlu menekan brek atau memecut, kecuali dalam hal perasaan. Atlet lumba basikal yang cekap mengawal kayuhan ini langsung gagal mentafsir isyarat hati sendiri. Suatu kejadian malang berlaku, lalu dia pulang ke kampung sebagai atlet yang digantung.

Aina Jazleen, pembonceng setia sejak kecil dan pengacau tidak bertauliah, kini berhenti memendam perasaannya. Gadis petani kebanggaan kampung ini, menjadikan sindiran halus dan senyuman yang terlalu yakin sebagai senjata harian. Aqashah pura-pura tenang, walhal hatinya sudah lama hilang imbangan.

    Ketika tempoh penggantungan tamat, Aqashah kembali ke arena perlumbaan. Namun, sebelum meneruskan perlumbaan, Aqashah membuat satu keputusan besar yang tak dapat ditangguhkan lagi untuk dirinya dan Jazleen. 


“Walaupun sales jatuh teruk, orang memang dah tak nak dekat awak. Sekian, harap maklum.”  —Aina Jazleen

“Tak ada sales pun. Aku free aje untuk kau. Ambillah aku, okey? Please …”  —Aqashah Zuhair


Adakah bahagia benar-benar menjadi destinasi mereka?


Terlewatkah Kita?

        Zayra sudah melalui terlalu banyak blind date yang memalukan. Namun pertemuan kelimanya menemukam dia dengan seorang lelaki yang langsung tidak menyenangkan, Noah.

             Meski pertemuan mereka dipenuhi pertelingkahan, namun demi menenangkan hati bondanya, Zayra akhirnya menerima perkahwinan yang tidak pernah dia rancang.

             Selepas bernikah, hidup Zayra semakin huru-hara, tambah-tambah lagi ketika Noah muncul sebagai jurutera untuk projek di pejabatnya. Zayra mahu menyembunyikam perkahwinan itu, tetapi Noah tidak pernah berhenti mendekatinya; seolah-olah ada sesuatu yang belum selesai antara mereka.

Saat rahsia lama Noah terbongkar, dia berusaha menebus segalanya. Dan Zayra mula melihatnya dengan cara berbeza. Noah tertanya ... terlewatkah dia untuk memulihkan mereka?

"I tak suka orang yang I dah kahwin dengan you." Raja Zayra Elaya

"What should I do so that you can proudly say I am your husband?" Noah Zarzari

Saat rahsia lama Noah terbongkar, dia berusaha menebus segalanya. Dan Zayra mula melihatnya dengan cara berbeza. Noah tertanya ... terlewatkah dia untuk memulihkan mereka?